Piscine

Selamat datang ke panduan utama untuk Piscine 42 Kuala Lumpur. Terjun ke dalam "kolam renang" dan cubalah program kami!

Apakah itu Piscine?

Langkah terakhir dalam proses permohonan adalah Piscine. Semasa Piscine, 'Pisciners' akan merangkak ke dalam dunia koding. Dengan menyelesaikan projek-projek yang mencabar dan menyelesaikan tugasan harian bersama rakan sebaya anda, anda diberi peluang untuk mengetahui sama ada kaedah pembelajaran rakan sebaya 42 IP sesuai untuk anda.

Maksud Piscine ialah kolam renang dalam Bahasa Perancis. Prinsipnya sama seperti "kalau nak belajar berenang, terjunlah ke dalm air dulu!"

Ini adalah proses penilaian kami yang terakhir di mana anda akan belajar koding tanpa berhenti selama sebulan, setiap minggu dan setiap hari.

Tidak memerlukan pengetahuan koding sebelumnya; Anda akan memulakan pembelajaran anda dari asasnya sebelum mencuba latihan-latihan koding yang lebih kompleks.

Anda akan berkenalan dengan teman-teman baru, menjalin hubungan jangka panjang, dan memberikan kontribusi yang berharga untuk sistem penukaran maklumat kami..

Anda akan mencuba dan mengalami kegagalan, berulang-kali. Tetapi tempoh percubaan ini adalah proses pembelajaran yang membentuk ketabahan, tekad, kreativiti, dan kemahiran penyelesaian masalah.

Program Piscine akan berlangsung di kampus fizikal kami dan mesti diselesaikan secara bersemuka. Ia adalah satu pengalaman yang mencabar, tetapi tidak akan dilupakan, amat memuaskan dan pengalaman hanya sekali dalam seumur hidup!

Impak Piscine

Skill Teknikal

Anda akan belajar koding bermula dari landasan asas, dan memperoleh kemahiran dalam bahasa pengaturcaraan C yang memberikan asas kepada bahasa pengaturcaraan lain.

Kemahiran Interpersonal

Anda akan mengasah kemahiran interpersonal dan pengurusan masa yang berharga melalui perbincangan dan sesi penilaian bersama rakan-rakan sebaya.

Kesiapan Kerjaya

Anda akan mengembangkan tabiat pembelajaran sepanjang hayat serta kecekapan untuk menyesuaikan diri dengan tren industri, yang akan mempersiapkan anda untuk kerjaya yang memuaskan.

Testimoni Pisciner

Anwar Zaid
Nabil Anwar Zaid, 21 - Pelajar Web Developer

"Piscine telah mengajar saya bahawa tidak semua perkara boleh diselesaikan sendirian. Dan tidak kira apa jenis masalah yang dihadapi, semestinya ada penyelesaiannya. Dan sekiranya penyelesaian itu tidak sedia wujud, itu adalah panggilan kita untuk mencari jalan penyelesaian yang baru."

Kimberley Tiong
Kimberley Tiong, 18 - Pelajar

"Dari kecil, saya telah menerima pembelajaran di rumah secara "home-school" dan program Piscine ini telah memberikan peluang untuk bersosial dengan individu-individu lain sambil megenali cara-cara untuk bekerjasama."

Hyun Zhe
Hoo Hyun Zhe, 18 - Pelajar

"Segala ilmu sudah ada di luar sana, kuncinya adalah keinginan anda untuk medalaminya."

"Segala ilmu sudah ada di luar sana, kuncinya adalah keinginan anda untuk medalaminya."

Nabihah
Nabihah Md Zaid, 29

"Tidak kisah sejauh mana anda rasa takut, beranikan diri untuk mencuba, kerana yang paling penting adalah pengalaman yang akan diperolehi."

"Tidak kisah sejauh mana anda rasa takut, beranikan diri untuk mencuba, kerana yang paling penting adalah pengalaman yang akan diperolehi."

Hans Hazairi
Hans Hazairi, 26 - Bekas Jurutera Awam

"Bootcamp Piscine di 42KL benar-benar mengubah cara saya belajar. Saya kini dapat belajar perkara baru dengan lebih cepat dan saya suka bagaimana setiap orang di 42KL memiliki semangat yang sama dalam pembelajaran."

previous arrow
next arrow

Piscine: Tahun 2024

Ikuti kami di media sosial kami untuk pengumuman tarikh Piscine untuk tahun 2024!